Thursday, January 10, 2013

Wanita, Lelaki dan Kesuburan

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh, hari ni macam nak bercerita pasal kesuburan pulak..

Memang sudah menjadi lumrah agaknya kan..kalau kesuburan je terus point ke kaum wanita..asal cerita kesuburan,mesti orang perempuan...lagi2 bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, tapi belum dikurniakan rezeki lagi..mmmm...sedihkan..?memang sedih sangat..huhu...saya pernah merasainya..nasib baik dapat husband yang supportive,tidak menyalahkan si sang isteri... Alhamdulillah, berkat kesabaran, sekarang anak sulung saya sudah nak masuk 2 tahun..:)
Now, we are working for the 2nd one pulak..oppsss...heheh..wish us luck ok!

Okeh sedikit sharing dari saya untuk tips kesuburan ..(belek2 majalah pama yang lama2..terjumpa lak artikel ni..)

TIPS KESUBURAN WANITA

1.  Jaga pemakanan
 Elakkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan minuman berkarbonat.

2. Kawal berat badan
Berusahalah untuk mendapatkan berat badan seimbang. Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.

3. Amalkan senaman berkala
Bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja menyihatkan anda tetapi juga membantu mengekalkan berat badan

4. Berhati-hati mengambil ubat
Ketahuilah bahawa kebanyakan ubat seperti ubat anti kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Oleh itu, hanya ambil UBAT yang disarankan oleh doktor sahaja.

5. Periksa rahim anda
Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting anda mengetahui keadaan rahim sendiri.

Selain daripada tips-tips di atas, anda juga boleh mendapatkan rawatan secara tradisional dengan melakukan urutan bagi membetulkan kedudukan rahim.  Amalan kerohanian juga perlu dipertingkatkan.Perbanyakkanlah sedekah kerana sedekah itu mengundang rezeki.

Yang bestnya, untuk lelaki pun ada..so,suami2..take note jugak yee...

TIPS KESUBURAN LELAKI

1. Betik tingkatkan kesuburan
Buah betik yang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Ketahuilah bahawa kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg vitamin C setiap hari penting bagi lelaki dewasa.

2.  Berhenti merokok
Merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan paru-paru,merokok boleh merosakkan membrane sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.

3. Banyak pengambilan zink
Zink dikatakan mampu mengaktifkan sperma. Walaubagaimanapun jumlah zink janganlah melebihi 30mg sehari. Makanan sumber zink ialah daging merah, bijirin dan kekadang, makanan laut dan produk tenusu.

4. Pakai seluar longgar
Pemakaian seluar longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma.

5. Kebersihan makanan
Pengambilan buah-buahan dan sayuran segar sangat digalakkan. Akan tetapi, anda perlulah pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dibersihkan sebelum dimakan. Hal ini adalah kerana racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu.

6. Minum banyak air kosong
Pengambilan air kosong sebanyak kira-kira dua liter sehari dikatakan boleh meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.

Shaklee juga ada menyediakan supplemen untuk meingkatkan kesuburan nih..Bagi yang berminat untuk mencuba supplemen kesuburan Shaklee, boleh contact saya ye..
Benda2 macam ni perlukan privasi, so anda boleh PM personal FB saya, sms/whatsapp numb saya ok..:)

Untuk pertanyaan lanjut, bole
1. Email saya di zneanah@yahoo.com
2. PM saya di FB, Netty Neanah
3. SMS/ Whatsapp saya di 019-3367500

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

No comments:

Post a Comment